Tuesday, October 19, 2010

Touch Point Budget 2011

INSENTIF CUKAI
1.Memansuhkan duti import 5% -30% ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan barangan harian
2.Mengecualikan cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit
3.Mengecualikan duti eksais 100% ke atas pembelian sebuah kenderaan nasional oleh OKU
4.Memperluaskan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa sehingga RM5,000
5.Mengecualikan 50% duti setem ke atas surat cara pindah milik & perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama
6.Mengecualikan 100% duti import & duti eksais ke atas kereta hibrid

PEMBANGUNAN MODAL INSAN
7.Melaksanakan Program Latihan 1Malaysia dengan peruntukan RM500 juta(Kolej Komuniti, IKBN, ILP dan Pusat GiatMara)
8.Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform dalam penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011
9.Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II & I serta penganugerahan Profesor Ulung
10.Menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta
11.Menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250 juta untuk Sekolah Bantuan Modal Agama, Sekolah Kebangsaan Cina & Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Bantuan Kerajaan
12.Membiayai bantuan per kapita untuk Sekolah Agama Rakyat (rendah & menengah) dengan peruntukan RM95 juta
13.Menaikkan imbuhan guru KAFA dari RM500 kepada RM800 sebulan
14.Menaikkan elaun bulanan RM750 sebulan kepada Imam
15.Menaikkan elaun kepada Pengerusi JKKK & Pengerusi JKKP, Tok Batin & Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru, Pengerusi JK Kampung Baru Rangkaian & Pengerusi JK Kampung Bagan dari RM450 kepada RM800
16.Elaun kehadiran mesyuarat kepada semua ahli jawatankuasa (JK) dinaikkan dari RM30 ke RM50


PENJAWAT AWAM
17.Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara Kerajaan
18.Memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
19.Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh 1 tahun lagi
20.Kemudahan pinjaman perumahan kepada penjawat awam:
a)Menaikkan kadar pinjaman kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua
b)Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000
21.Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000
22.Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari

SKIM PERUMAHAN
23.Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan Kerajaan keatas bayaran pendahuluan 10% bagi harga rumah dibawah RM220,000
24.Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN
25.Program Bantuan Rumah(12 ribu unit) untuk golongan miskin & miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta

PENGGUNA
26.Mewujudkan “Portal 1Malaysia PenggunaBijak”
27.Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan
28.Memperkenalkan Program TransformasiKedaiRuncit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti

MENCERGASKAN PASARAN MODAL
29.Melancarkan Dana Pencen Swasta
30.Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariah
31.Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan 3 lesen broker saham baru kepada syarikat tempatan dan asing
32.Bursa Malaysia akan membangunkan international board
33.Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon runcit
34.Dana Permulaan Perniagaan bernilai RM100 juta untuk menggalakkan industri modal teroka

KUALITI HIDUP
35.Menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara
36.Meneruskan Projek PIA & PIAS dengan peruntukan RM500 juta
37.Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan
38.Kadar tol di 4 lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta-merta
39.Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000
40.Permohonan PR boleh dilakukan selepas 5 tahun
41.Menyediakan 4 buah bas sebagai Klinik Bergerak
42.MerangkaModel BaruPembangunan Orang Asli dan Pribumi
43.Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia
www.treasury.gov.my

Friday, October 15, 2010

Kerja Baru, Misi & Visi Baru beserta dengan Harapan Baru

Hari Ini 15 Oktober 2010 --- Bermulanya kerja baruku di sebuah agensi periklanan bernama Cetusan Niaga Sdn Bhd yang terletak berhampiran Tesco Ampang.

Dipertanggungjawabkan untuk membantu bahagian pentadbiran untuk membuat akaun & juga membantu bahagian kreatif untuk kerja perhubungan pelanggan.

Aku berharap & berdoa semoga Allah merahmati & mengurniakan aku kekuatan untuk kerja baru ini. Amin...

Tuesday, September 7, 2010

Iklan raya yang menjadi tanda tanya..........

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk... ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran



Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P... erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.



Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?



Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.




Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..



Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

Thursday, September 2, 2010

Menu Ramadan + Wine - (TG Friday's)

Subang Parade, Subang 25 Ogos, 2010 -- Sudah berapa ramai umat Islam yang menelan makanan di sini.Sudah berapa ramai umat Islam ‘berbuka puasa’ di sini dengan Menu Ramadan yang dihidangkan.



Dan bagi mereka yang pernah makan di sini samada di bulan Ramadan atau hari-hari lain, sudah terang-terang berlaku penipuan dalam gambaran halal yang diberikan.

Kerana restorn makanan barat ini, memang telah diketahui menghidangkan arak di dalam menunya, malah arak boleh dilihat dengan jelas di dalam premis ini.



Mana mungkin dikeluarkan sijil halal oleh pihak berkuasa kepada premis sebegini.

Malangnya, demi menjaga standard,imej ataupun maukan kelainan, umat Islam sanggup memejamkan mata, memekakkan telinga – bedal apa sahaja yang terhidang.

Serbuan dilakukan oleh Unit Aduan Halal Jakim bersama KPDNKK berikutan aduan awam yang mendakwa terdapat keraguan dalam hidangan �Buffet Ramadan� di situ.

Hasil pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut ada menawarkan menu utk berbuka puasa walhal restoran tersebut statusnya adalah tidak halal.

Lebih mengejutkan lagi terdapat pada menu utama Logo halal JAKIM dan ditampal logo tersebut pada semua hidangan yang tidak halal.

Menurut maklumat wakil syarikat, restoran tersebut telah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan memang menyediakan makanan yang tidak halal yang mengandungi alkohol atau dimasak dengan arak.

Penolong Pengarah Cawangan Halal KPDNKK, Ismail Hamzah berkata, Syarikat tersebut telah menggunakan perbahasaan halal dan menggunakan logo halal JAKIM tanpa sijil Halal yang sah.

Penggunaan terma �Buffet Ramadan� atau �Menu berbuka puasa� boleh mengelirukan pengunjung yang beragama Islam dan ada yang telah menjamu selera dengan memakan makanan yang tidak halal.

Menurutnya, dalam pemeriksaan rapi yang dibuat mendapati makanan yang disediakan seperti daging dan ayam di rendam dan dicampur dengan arak dan di peram.

Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan.

Chef bukan beragama Islam berkenaan mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidang bufet Ramadan dan turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati berlaku penyalahgunaan logo halal Jakim apabila logo terbabit sengaja dicetak pada lampiran menu yang diedarkan kepada pelanggan,dan mendapati semua helaian katalog ,menu yang ditawarkan restoran terbabit sengaja diletakkan logo halal Jakim palsu.



Jelas, pemilik restoran tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim pastinya tidak akan membenarkan logo terbabit diguna pakai berikutan restoran berkenaan turut menawarkan arak kepada pelanggan.

Restoran benar-benar cuba memanipulasikan logo halal Jakim selain mengeksploitasi bufet Ramadan resipi `arak’ bagi mengaut keuntungan lebih.

Susulan penemuan mengejutkan itu, semua katalog yang mempunyai logo halal Jakim palsu berkenaan selain risalah iklan berkaitan bufet Ramadan ditawarkan dirampas.

Pengurusan restoran diberikan notis berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal Jakim,

Pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.



Sebagai peringatan:

Tiga perkara utama Yahudi hendak merosakkan umat Islam iaitu dengan cara halus, menggunakan Formula 3F

1 - Serangan melalui Fashion (fesyen)

2 -Serangan melalui Fun (hiburan)

3 - Serangan melalui Food (makanan).

Semua telah berjaya mereka kuasai.

Sedarlah wahai ummah!!!

Monday, August 30, 2010

An amazing discovery...!

Recent gas exploration activity in the south east region of the Arabian desert uncovered skeletal remains of a human of phenomenal size. This region of the Arabian Desert is called the Empty Quarter, or in Arabic, 'Rab-Ul-Khalee'. The discovery was made by the Aramco Exploration team. As Allah states in the Quran that He had created people of phenomenal size the like of which He has not created since. These were the people of Aad where Prophet HUD was sent. They were very tall, big, and very powerful, such that they could put their arms around a tree trunk and uproot it. Later these people, who were given all the power, turned against Allah and the Prophet and transgressed beyond all boundaries set by Allah. As a result they were destroyed. Ulema's of Saudi Arabia believe these to be the remains of the people of Aad. Saudi Military has secured the whole area and no one is allowed to enter except the ARAMCO personnel. See the attachment and note the size of the two men standing in the picture in comparison to the size of the skeleton.






Wednesday, August 18, 2010

Pelajar Sekolah Dibenar Kawin

Bahaya - Pewangi tin dalam kereta boleh meletup...



D&A PhotoXpert Blog

Dear friends

Kindly visit my other blog for my new business at www.dna-photoxpert.blogspot.com

There you can see some of the pictures taken by me. Really appreciate your comment on the picture as i need some feedback & comment to improve my work.

Tuesday, August 10, 2010

My Own Business with My Partner

Dear all

I just open my own business with my partner. I'm doing photography for wedding shoot, product shoot, talent / model shoot and event special event. My company called D & A PhotoXpert Services.

To view some of my work, please type http://dna-photoxpert.blogspot.com.

Wednesday, June 2, 2010

JOM MAKAN-MAKAN SATU MALAYSIA – TUNGGU KEMUNCULANNYA

Dah agak lama juga tak update blog nie, rasa cam dah berhabuk pun ade, hahaha…

So, utk wat coming back nie, ramai kawan-kawan suggest suh Din tulis dan masukkan dalam my blog makanan & minuman yang menarik dan sedap untuk di cuba sebab Din memang suka jalan-jalan cari makan.

Tunggu kemunculan my write-up pasal makanan & tempat-tempat menarik untuk di cuba, tungguuuuu